15 April 2014

Pemandu Van Jenazah


Tajuk: Pemandu Van Jenazah
Penerbit: Utusan Karya
Tebal: 270 m/s

Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritakan kembali oleh penulis. Kebanyakkan cerita berkisar detik-detik penghantaran jenazah ke destinasi yang diingini oleh waris. Biasanya jenazah dihantar balik ke kampung halaman untuk dikebumikan.

Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini antaranya; Jenazah menyanyi, Mayat bangun keranda terbuka, Qarin atau syaitan, Siapa pemuda ini?, Sesat dimana?, Dia sudah balik, Kenapa risau sangat, Darah atas troli dan lain-lain.

Sekali imbas tajuk-tajuk ini bunyi seperti mengarut tetapi bukakan minda anda sewaktu membacanya sebab di dunia ini tiada apa yang mustahil.

Syaitan dan iblis akan cuba sedaya upaya menyesatkan dan menakutkan kita sampai ke hari kiamat. Lagipun bila membaca satu-satu tajuk dalam buku ini ia mengundang keinsafan tentang makna kematian dan ada juga kisah yang menyentuh hati.

' Bahawa, suatu hari nanti kita juga akan dimandi, dikapan dan diusung oleh orang yang kita sayangi. Kita akan diiring ke pusara dan lalu ditinggalkan bersendirian menanti kedatangan Munkar dan Nakir. Kematian, bagi yang mahu berfikir, tidak akan meninggalkan kita tanpa sesuatu yang sia-sia.' 

Salah satu cerita yang menyentuh hati ialah tentang satu jenazah yang baru lepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Pada fikiran orang biasa sudah pasti keadaan jenazah itu mengerikan dengan lidah terjelir dan sebagainya. Namun demikian berlainan dengan jenazah ini, dia begitu cantik, bersih dan berseri. Sejahat mana pun manusia ini kita tidak ada hak untuk menentukan sama ada dia layak masuk syurga atau neraka kerana dihujung hidupnya kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kemungkinan sewaktu hidupnya dia sempat bertaubat dan tuhan menerima taubat tersebut. Wallahualam.

No comments: