01 May 2012

Dia segalanya


Tajuk: Dia segalanya
Penulis: Sha Ibrahim
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tebal: 1112 m/s

Kenapa Faizul sangat membencinya? Apa salahnya? Apakah kerana dia anak angkat maka abang keduanya itu meluat dengan kasih sayang keluarga yang diterimanya?

" Memang Angah dah agak! Papa tetap akan sebelahkan orang luar ni. Papa dan mama memang tak adil! Papa dan mama lebih sayangkan dia ni dari anak sendiri! Apa yang ada pada dia ni? Apa yang ada pada anak pungut ni!"

 Itu dilema Suraya pelajar bidang kedoktoran yang mempunyai keluarga angkat yang amat menyayanginya tetapi dalam masa yang sama di benci si Faizul abang Ngahnya. Angah tidak seperti Along yang rapat dan baik dengannya. Angah suka menunjukkan muka bermusuh. Sejak kecil dia tidak pernah mendapat kasih sayang Angah sebagai abang walaupun dia mendambakannya.

Tapi tiada sesiapa yang memahami Faizul. Hanya datuknya Haji Omar dan rakan rapatnya Deraman yang tahu rahsia hatinya. Hanya mereka yang faham mengapa dia membawa diri belajar ke UK selama 5 tahun tahun tanpa balik ke Malaysia. Hidupnya jadi liar. Faizul menderita kerana perasaan cintanya terhadap adiknya Suraya begitu kuat. Dia tidak rela dianggap abang kepada Suraya.

" Berdosa ke saya mencintai dan menyayangi adik angkat saya sendiri?"

Apakan daya Faizul terpaksa menyimpan cinta itu jauh-jauh disudut hati. Dia tidak mahu melukakan hati keluarganya. Ibu dan bapanya terlalu menyayangi Suraya sehingga enggan mengaku Suraya itu anak angkat. Bapanya yang amat dihormatinya berkeras menafikan hakikat sebenar Suraya dalam keluarga mereka kerana anak itu telah dijaganya sejak lahir. Itulah anak bongsunya dunia akhirat.

Namun balik dari UK Faizul cuba berbaik dengan Suraya. Dia kesal kerana dulu dia melayan Suraya dengan teruk.

Apa yang jadi, hati mereka mula bertaut. Sayang Suraya terhadap Faizul tidak sama dengan sayang kepada Alongnya. Diam-diam dia jatuh cinta dengan Angahnya itu.

Mampukah hubungan rumit mereka itu kesampaian bila Suraya disahkan mengidap Leukimia? Bagaimana penerimaan keluarga dengan cinta mereka berdua? Segala-galanya dalam Dia Segalanya....

p/s: alamak..aku ni asyik buat sinopsis cinta ajelah pulak...hehehe...

No comments: