30 April 2012

Maaf jika aku tak sempurna

Tajuk: Maaf jika aku tak sempurna
Penulis:Acik Lana
Penerbit:Kaki Novel Enterprise
Tebal: 947 m/s

"Biar cinta antara kita tidak hadir sekelip mata, tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa, namun kini ku pasti ia akan kekal ke penghujung nyawa..."

Perasaan Luqman terhadap Melina berada di tahap ketidaksukaan tahap dewa. Manakala perasaan benci Melina terhadapnya lebih menonjol lagi. Dua-dua menyimpan sakit hati.

Sejak menjadi driver merangkap bodyguard anak orang kaya yang liar dan degil itu Luqman terpaksa membina tahap kesabaran yang tinggi. Kalaulah tidak kerana kasihankan Dato' Zakri yang banyak menajanya belajar di UK dulu, tak ingin dia mengadap muka Melina yang cantik diluar tapi di dalam tak seindah mana.



Melina pula merasa macam neraka bila berdekatan dengan Luqman. Belum masuk bab-bab laser-melaser yang selalu terjadi bila mereka bersama. Dia menyampah dengan sikap sinis Luqman. Walaupun fizikal lelaki itu menjadi kegilaan gadis-gadis sebayanya namun Melina sangat benci padahal ketika kali pertama memandang Luqman dia memang melopong melihat ketampanan Luqman.

Luqman: "Saya cakap awak ni tak lama lagi jadi orang Utan la. Lepas ni tak payah pakai baju terus, senang boleh jimat duit bapak awak. Sesuai jugak untuk awak yang suka terkinja-kinja dalam kelab malam tu," 


Melina:"Mulut kau ni memang macam longkang kan! Kurang ajar betul, tak padan datang dari kampung!"

Keadaan kecoh bila Dato' Zakri meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Luqman terpaksa menunaikan wasiat orang tua itu; berkahwin dengan Melina supaya gadis itu tidak terus hanyut dalam dunia kelamnya. Tapi dalam diam-diam mereka membuat kontrak kononnya dalam dua tahun kahwin bolehlah bercerai.

Namun bila dah duduk satu bilik lain pulaklah jadinya. Memang tuhan balikkan hati Luqman dan Melina. Tiba-tiba saja rasa benci bertukar cinta yang membara. Benar kata orang kuasa cinta boleh merubah manusia. Seliar-liar Melina dia 'jinak' di tangan Luqman. Namun kebahagian mereka mula diuji dengan perangai gila Hariz dan Zieta.

Bukan saja mereka menjadi mangsa tetapi juga Sarah yang bertahun-tahun menyimpan cinta terhadap Luqman. Segala-galanya menjadi huru hara kerana dengki dan cemburu. Mampukah cinta Luqman dan Melina bertahan teguh dengan segala dugaan yang datang menghempap mereka?

p/s: Jalan cerita best tapi kalau plotnya tidak terlalu meleret mungkin akan lebih mantap. Apa pun masih boleh enjoylah..(^__^)v

No comments: