30 April 2012

Kau Untukku

Tajuk: Kau Untukku
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 521 m/s

"Rahsia di hati tak siapa yang tahu."

Pertama kali melihat Nurul Umairah hati Ahmad Fuad lelaki tampan yang serius itu telah terpikat pandang pertama. Nurul merupakan setiausahanya yang cekap dan sentiasa yakin dengan apa yang dibuat. Baginya Nurul adalah perempuan untuknya biarpun ketika itu gadis itu telah bertunang.

Tragedi kematian Jefri tunangan Nurul merapatkan lagi dirinya dengan gadis berpenampilan sederhana itu. Lalu dia melamar Nurul sebagai kekasih. Namun keadaan tidak semudah yang disangka bila keluarganya tidak mahu menantu dari keluarga sederhana apatah lagi berlatar belakangkan seorang anak angkat.

Ibu Fuad mahukan Ellina sebagai menantu biarpun satu ketika dulu perempuan itu pernah menghancurkan hati anak lelakinya. Dia berusaha mengekang Nurul dari berharap terhadap Fuad dan akibatnya tanpa pamit Nurul lenyap, pergi meninggalkan Fuad dengan hati yang luka dan kecewa.

Tapi selepas tujuh bulan berpisah ditakdirkan mereka terserempak semula. Fuad berusaha mendapatkan cintanya kembali setelah sekian lama Nurul dihujani salah faham tentang keikhlasannya selama ini. Tetapi masih adakah kasih sayang dan cinta itu di hati Nurul?

p/s: novel ni dah lama aku beli...dah banyak kali ulang baca...suka sangat!

No comments: