18 June 2012

Dunia Kartun

Tajuk: Dunia Kartun
Penulis: Mulyadi Mahamood
Penerbit: Creative Enterprise
Tebal: 199 m/s

'Menyingkap pelbagai aspek seni kartun dunia dan tempatan.'


Buku ini sangat sesuai menjadi salah satu koleksi peribadi. Apatah lagi jika anda seorang peminat kartun atau komik. Ia menggabungkan rencana tentang dunia kartun yang kita kenali hari ini.

Permulaan di kisahkan tentang kartun; 

Secara umum, kartun adalah suatu bentuk seni lukis yang dihasilkan menerusi pendekatan mengubah suai akan rupa sesuatu objek.



Kemudian diterangkan tentang jenis kartun yang sering terdapat di media cetak dan elektronik seperti Kartun Editorial, Kartun Lerang dan Animasi. Kartun Editorial lebih kepada menggarap isu dan satira politik. Ia selalunya terhasil dalam satu bingkai berukuran besar. Manakala Kartun Lerang ( strip cartoon) pula dihasilkan dalam urutan beberapa bingkai. Animasi  kartun pula ditakrifkan sebagai seni ilusi pergerakan yang berlaku dalam tatacara tertentu. Ia berkait rapat dengan disiplin ilmu yang lain seperti muzik, sains, teknologi komputer dan kebudayaan.

Dalam buku ini pembaca akan diperkenalkan serba sedikit tentang beberapa kartunis  seperti Carl Giles, Steve Bell, Nicholas Garland, Gary Larson, Charles Schulz, Gosho Aoyama, Tezuka Osamu, Jaafar Taib dan lain-lain bersama petikan hasil lukisan mereka.

Penulis juga menyentuh tentang dunia manga iaitu komik Jepun yang dihasilkan untuk pembaca Jepun. Tetapi kini manga boleh didapati diseluruh dunia. Judul manga dijual jutaan naskhah setiap minggu. Perkataan manga muncul pada abad ke -19 menerusi karya-karya seni cetakan kayu Jepun atau ukiyo-e yang dihsilkan oleh Hokusai.

Turut di bincangkan tentang kartunis wanita. Serba sedikit tentang sejarah, dilema dan era kemunculan mereka dalam dunia yang didominasi oleh lelaki. Kemudian turut diterangkan secara berasingan tentang dunia kartun Inggeris, Kartun Indonesia, kartun, Perancis dan Kartun Melayu. Akhir sekali penulis menyentuh tentang Majalah Gila-Gila yang satu ketika dulu pernah menjadi hit di Malaysia dan menjadi tempat lahir ramai tokoh dan kartunis baru.

Pendek kata; dapatkanlah buku ini di pasaran! (^__^)v



2 comments:

Unknown said...

cari bukunya dimana ya? susah kali cari buku ini.

HUD AIKARA said...

Farida Esti; Mungkin buku ini belum dipasarkan di Indonesia..