17 June 2012

You've Been Warned

Tajuk: You've Been Warned
Penulis: James Patterson & Howard Roughan
Penerbit: Grand Central
Tebal: 354 m/s

"Don't Look..."

Awal-awal baca buku ini aku dah dicucuk rasa suspen. Patterson memang tak pernah menghampakan bila beliau menyuntik rasa ingin tahu yang kuat kepada pembacanya. Ceritanya bermula bila Kristin Burns mula mengalami mimpi aneh yang tampak real dalam kepalanya. Dia bermimpi melihat keriuhan di depan sebuah hotel dan nampak empat mayat dalam beg mayat yang tidak diketahui siapa mereka. Paling mengejutkan dia menyedari salah satu mayat tersebut masih hidup.

The zipper!
It's creeping backward. That body bag is opening from the inside!

Namun semua perkara tersebut cuma terjadi dalam kepalanya. Anehnya dia sebenarnya dapat mengambil foto-foto kejadian tersebut dan terserlah bila dicuci. Cuma mayat tersebut kelihatan transparen. Kejadian ganjil mula mengekorinya. Dia melihat orang-orang yang pernah mati muncul kembali dalam hidupnya, memberi amaran tentang sesuatu.  Paling aneh dia mendapat panggilan telefon 'cemas' daripada dirinya sendiri!

Kristin mula merasa terganggu tetapi dia lebih fokus tentang hubungan cinta terlarangnya dengan Michael Turnbull dan sibuk pula mahu membongkar hubungan sulit isteri Michael, si Penley. Plot cerita ini memang mudah difahami dan dalam masa yang sama kita akan makin ingin tahu; siapakah Kristin yang sebenarnya? Adakah dia cuma gadis biasa yang mahu mengapai impian sebagai photograpfer terkemuka?

All along I've been seeing four gurneys. Stephen and Penley only make two. Two dead. So we're not quite done here, are we?

Tapi apa sebenarnya terjadi?

Misteri...hehehehe...

No comments: