13 March 2013

Fiksyen 302


Tajuk: FIKSYEN 302
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 492 m/s

"Jangan Percaya"

Pesakit mental. Istilah rasmi, pesakit psikiatri. Sekali lagi Ramlee Awang Murshid menulis tentang psikologi manusia. Serentetan pembunuhan berangkai yang melibatkan cara yang hampir sama tetapi dilaksanakan oleh orang yang berlainan. Dan kesemua pembunuh akan berbogel dan beratip depan mayat sebelum menyerah diri. Mereka akan menandakan angka 302 di dahi mangsa masing-masing.

Kesemua pembunuh, Farid, Jimmy Yeoh, Prakash dan Lan Lani merupakan bekas pesakit-pesakit psikiatri Dr. Rozlina dari Hospital Permai. Justeru itu pihak polis sukar menyelesaikan kes-kes tersebut memandangkan tiada motif yang jelas dan kekurangan bukti yang boleh diketengahkan. Apatah lagi para pembunuh sangat diragui kesihatan mental mereka. Kebanyakkannya mengalami kecelaruan minda dan paranoid. Maka bertungkus lumuslah ASP Alias, Hizamnuddin (pegawai polis bersara) dan Noohafiza Izura (peguam salah seorang yang dituduh membunuh) cuba membongkar kes unik tersebut.

Semua kejadian seolah-olah berpusat kepada kematian Zarina Mustapha kerana semua mangsa yang dibunuh mempunyai hubungan dengan kes pembunuhan gadis itu. Dua puluh tahun kemudian seorang peguam Rita Yuzalina telah mengikuti sebuah eksperimen Dr. Rozlina untuk kembali ke masa kes tersebut berlaku.

"Zonan tu lelaki yang sangat berkuasa. Berpakaian biasa menyerupai manusia tapi memakai topeng putih, tak ada hidung dan tak ada mulut. Yang ada cuma mata saja. Zonan boleh menghilangkan diri begitu saja."

Kemunculan Rita telah membuka cerita sadis yang berlaku berpuluh tahun. Akibatnya dia seperti mengejutkan 'harimau' yang sedang tidur. Rita telah kembali di hari Noorhafiza Izura dibunuh oleh Zonan. Namun siapa Zonan itu? Apa kaitan Rita dengan semua kejadian tersebut?

Novel ini membuatkan aku asyik meneka siapa pembunuh sebenar. Dan pembunuhnya ialah.....tidak anda sangka! So jangan percaya begitu saja..hehehehe....


No comments: