17 February 2013

MENTAL


Tajuk: MENTAL
Penulis: Shaz Johar
Penerbit: Buku Fixi
Tebal: 299 m/s

Aku suka buku ni. Bahasanya ringkas dan padat. Cuma jalan ceritanya mudah diagak. Tapi ini tidak bermakna ia tidak menjentik rasa ingin tahu kita. Plot ceritanya menarik dan pengakhirannya juga    boleh tahan. Pendek kata novel ni mampu membuatkan kita berfikir tentang 'kegilaan'.

Adunannya antara 'hilang ingatan dan halusinasi mental'. Kisah ini merupakan cerita tentang Maya pembantu rumah yang menjalinkan hubungan gelap dengan Tuan Jin majikannya. Dia terlibat dengan masalah anak-anak Tuan Jin yang memeningkan kepala.

Rashid mengalami gangguan mental yang pelik. Dia benci dengan tangannya sendiri. Menurutnya itu bukan tangan dia. Jadi dia berusaha nak memotongnya. Rashid memeras ugut Maya dengan gambar-gambar lucah supaya Maya membantunya memotong tangan yang dibencinya itu. Gambar itu gambar aksi Maya dan Tuan Jin sendiri.

Manakala adik Rashid, si Rania sedang berjinak-jinak dengan gereja. Katanya dia berhak mencari pegangan dan kepercayaan sendiri. Jadi dia melibatkan diri dengan nyanyian koir gereja. Puan Sierra isteri Tuan Jin pula mengalami tekanan perasaan. Nampaknya perempuan itu macam tahu aje Maya ada berhubungan secara senyap dengan suaminya dibelakang.

Kemudian ada pula Benjamin yang kerap mengekorinya. Benjamin pun ada kisah tersendiri yang mengelirukan Maya. Dalam pada itu nama Raudhah muncul menimbulkan tanda tanya. Siapa Raudhah? Apa kena mengena gadis itu dengan Maya?

" Tuan jin nak saya jadi Raudhah."
Benjamin mengangguk. "So, apa salahnya? Jadilah."
"Jadilah? Apa salahnya? awak ni pun dah gila macam dia eh?"

MENTAL benar-benar mental. Sebab semua orang macam dah gila. Kenapa Dr. Salman mahu memeriksanya sedangkan mereka yang gila?


2 comments:

UniMeOw said...

pinjammm~~!! (xdpat baucer buku lg..hik3...)

HUD AIKARA said...

bolehhh....hehehehe