22 January 2013

Misteri rahasia seorang suami


Tajuk: Suami
Tajuk asal: Misteri rahasia seorang suami
Penulis: S. Mara Gd (Indonesia)
Penerbit: Buku fixi (Versi Malaysia)
Tebal: 309 m/s

Kalau dilihat secara umumnya Maryati amat beruntung sekali. Senang-senang saja dia disukai Puan Cokronegoro yang keluarganya berketurunan darah biru dan terhormat dari Jawa Tengah. Pada mulanya dia sebagai gadis moden yang tidak lagi merasakan pertemuan jodoh yang dianjurkan orang tua sesuatu yang relevan tiba-tiba menyetujui pertemuan itu dengan hajat mahu menolaknya mentah-mentah.

Namun hatinya mengkhianatinya saat pertama kali bertemu putera Puan Cokro. Ternyata lelaki itu amat tampan. Maryati jatuh hati tanpa memperdulikan lagi jarak umur mereka yang agak jauh. Apatah lagi lelaki itu seorang duda. Perkahwinan Maryati berjalan dengan lancar dan dia merasa bahagia dengan Supriyadi. Kemudian muncul Ester Rumilah, teman rapat suaminya yang  mulai membuatnya tertanya-tanya dengan kisah silam Supriyadi.

"Lelaki yang bernama Supriyadi Cokronegoro ini tidaklah seperti apa yang nampak dari luar. Dia adalah seorang yang licik! Dia kahwin dengan seorang perempuan yang kaya untuk mendapatkan hartanya. Duit itu kemudian dipakainya untuk mengembangkan perniagaannya. Kalau tidak, kilang beg dan kasutnya tak mungkin sebesar yang dimilikinya hari ini." - Ester Rumilah                                                               

Ester ternyata ada agenda tersendiri berbaik rapat dengan Supriyadi. Ada hutang darah yang baginya perlu lelaki itu membayarnya. Ester mendakwa dia rakan Lili Handoko isteri pertama Supriyadi yang mati dibunuh dalam satu rompakan tiga tahun sudah. Ester sangat yakin Supriyadi terlibat dalam pembunuhan tersebut kerana harta.

Maryati jadi serba salah. Dalam keraguan yang mula berputik terhadap suaminya, dia sanggup merahsiakan penyiasatan Ester walau tidak rela. Dia ingin tahu kebenarannya. Benarkah suaminya seorang pembunuh? Satu lagi kes yang membuat Kosasih dan Gozali menjadi sibuk!

Terus terang aku memang larut membaca naskhah penulis yang ini. Tak sabar mahu tahu siapa biang pelakunya. Pendek kata aku puas hati buku ini kumiliki. Tidak menyesal. Ha ha.

No comments: