22 March 2013

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Tajuk: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise
Tebal: 444 m/s

"Kasihnya jauh tercicir"

Atiqah gadis sederhana yang menyewa di belakang rumah Hajah Mimah. Pada mulanya Nik Arif si  anak bujang Hajah Mimah tak suka pada Atiqah. Dia menganggap Atiqah hanya nak mengambil kesempatan berbaik dengan emaknya. Tiap kali emaknya mempromosi Atiqah, Nik Arif buat tak tahu. Baginya Atiqah hanya kerani dan tidak layak berganding dengan pegawai berpangkat tinggi sepertinya.

" Emak ni mengarut betul. Budak yang pakai tudung, bawa Poton buruk tu? Hisss... bukannya cantik. Dahlah tu, macam perempuan gatal aja. Sejak Nik balik, dia selalu hantar makanan."

Kutuk punya kutuk akhirnya Nik Arif termakan kata-katanya sendiri. Dia buka saja jatuh cinta tapi sudah tahap menggilai Atiqah sampai gadis itu naik lemas. Sejak gadis itu datang membaiki komputernya Nik Arif sudah tidak ingin memandang gadis lain.

Namun banyak tentang diri gadis itu yang misteri. Atiqah kelihatan lebih bijak dari kerjanya sebagai kerani.  Kemudian Nik Arif mendapati saudara mara Atiqah ternyata bukan calang-calang orang. Tambahan lagi ibunya merupakan ahli perniagaan di New Zealand. Padahal jika dilihat dari luaran orang tak sangka dia anak orang kaya.

Apa yang Nik Arif tidak tahu ialah Atiqah anak tunggal  seorang kenamaan yang terkenal, Datuk Marzuki. Lelaki itu terkenal dengan perangainya yang kaki perempuan. Sampai satu-satu anaknya lari dari hidupnya. Datuk Marzuki menyesal dengan apa yang telah dibuat pada keluarganya sendiri. Dia ingin menebus dosa-dosanya terhadap isteri dan anaknya tetapi mungkinkah sudah terlewat?

Tegarkah Atiqah memaafkan kesilapan seorang ayah yang pernah mengabaikan keluarga kerana perempuan? Marahkah Nik Arif bila mengetahui siapa Atiqah sebenarnya?

No comments: