23 March 2013

Sehangat Asmara



Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 548 m/s

"Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah mula bersuara."

Ini antara novel Aisya Sofea yang menjadi favorite aku. (Dah bertahun beli buku ni. Asyik ulang baca je...) Suka sangat dengan watak  Zainal Ariff tu...romantik...hehehe..

Kamilia Najwa (Kay) jatuh cinta dengan Zainal Arief. Cinta yang tak sedarjat. Akibatnya tentangan keluarga Kay berdatangan. Biarpun mereka sudah bernikah, cinta mereka dihambat musibah.

Sehinggalah Zainal tiba-tiba hilang dan muncul semula selepas sembilan tahun. Muncul dengan menuntut Misya anak yang tidak diketahuinya selama ini. Sejak itu Kay berperang dengan perasaan cinta yang masih kuat terhadap bekas suaminya itu dan perasaan benci kerana ditinggalkan tanpa sebab.

Entah mengapa kerana Misya, Kay akhirnya sanggup berkahwin kali kedua dengan lelaki itu biarpun jawapan terhadap masa silam mereka amat didambakan. Setiap kali bertanya, Zainal mengelak atau memberi jawapan pasif. Seolah-olah sembilan tahun itu tidak bererti apa-apa. Namun semakin dekat Kay dalam kehidupan Zainal, rahsia sembilan tahun itu terbongkar jua.

Kay rasa berdosa dan terpukul. Suami yang disangka bersalah dan kejam meninggalkannya rupanya hanyalah lelaki yang terpaksa dan dipaksa. Lelaki yang pemaaf dan sanggup membetulkan segala yang berlaku tanpa mengungkit lagi kepahitan yang lalu. Lalu sanggupkah Kay memaafkan orang yang merosakkan kebahagian mereka suatu ketika dulu?

Dengarnya dah dijadikan drama...tapi aku malas nak tengok. nanti rupa dan karekter watak-watak yang aku telah bayangkan bertahun-tahun akan terlerai bila pandang saja pelakon-pelakon yang berlakon drama adaptasi. Sebab..tak seorang pun yang sama macam apa yang aku bayangkan...maap le...hehehehe...

No comments: