21 July 2013

BISIK.

Tajuk: BISIK
Penulis: Syaihan Syafiq
Penerbit: Fixi
Tebal: 295 m/s


Kisah pelik. Aneh. Tentang jiwa yang kacau. Dari permulaan cerita, sampai habis cerita, novel ini betul-betul membuatkan aku teruja. Bahasanya simple tapi tepat dengan suasana dan feel cerita. Barulah rasa misteri. Namun sebab aku dah biasa baca buku genre begini aku dah dapat agak kaitan watak-watak tersebut. Tapi jangan bimbang walaupun anda dapat mengagak, namun tetap terasa ingin habiskan novel ini dalam satu malam. Hehe.

Mikael penulis yang tak punya lesen memandu dan tercari-cari rumah sewa yang murah, berkenalan dengan Nazzman tuan punya rumah flat yang misteri. Mulanya cuak jugalah Mikael sebab si Nazzman ni lain macam sikit namun lama-lama dia tak kisah.

Sejak pindah dari rumah lama (kerana housmate mati jatuh balkoni) Mikael mengalami kejadian hilang ingatan yang pelik. Dia juga terdengar bisikkan yang sebijik macam ada orang bercakap dengannya di sebelah. Dalam kehidupannya yang biasa-biasa itu, Mikael punyai teman rapat; Shah si pengkid dan aweknya Julia. Dia juga telah terjatuh cinta pada Suraya bekas kekasih temannya yang baru mati.

Tapi satu hari Suraya mati tergolek di sebelahnya. Mikael panik. Ketika inilah Nazzman muncul tolong lupuskan mayat Suraya. Di kerat-keratnya Suraya lalu bungkus masuk plastik. Kemudian timbul pula cerita si Ayu makcik kaya yang mengidam tubuh muda Mikael. Untuk sekali layan, beribu habuan Mikael terima. Tapi Ayu mati. Secara tragis juga.

Jadi siapa sebenarnya Nazzman yang kerap benar muncul dalam suasana Mikael buntu dan kalut?

No comments: