09 July 2013

Mr. Sirap Bandung

Tajuk: Mr. Sirap Bandung
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer
Tebal: 660 m/s

" You biskut lemak yang masuk kategori rangup berkrim. Yang lain tu semua spesies lemau!"

Si Teja gadis yang cukup didikkan agama tapi seorang yang gila-gila, berkerja sebagai kerani stor di Kiara Arena Holdings. Nasibnya berubah bila suatu hari terserempak dengan CEO baru dalam lift. Masalahnya Teja tak tahu itu CEO. Difikirkannya mat despatch baru. Maklumlah ketika tu si CEO tu tak pakai formal sebab dia datang kerja pun dengan motorsikal. Pulak rambut panjang ikat kebelakang. Huh hensemlah.

Si CEO Thaqif Jazman pula beria-ria mengiakan dirinya despatch baru. Siap bagi nama 'Man' lagi tu. Maka bermulalah persahabatan si Man dan si Teja. Man suka perangai Teja yang jujur dan gila-gila. Apatah lagi dia mula belajar agama dengan ayah si Teja yang lumpuh. Man mula bahagia dengan kehidupan barunya. Justeru itu dia mahu Teja tahu siapa sebenarnya dia sebab takut Teja menuduhnya yang bukan-bukan. Dia memang sungguh-sungguh jatuh cinta dengan gadis tersebut.

Tapi marahkah Teja dengan Man?

..dan walaupun si Man ni sukakan Teja, tapi mampukah Teja mengambil hati keluarga Man yang berada dan kaya berbanding dengan dirinya yang serba sederhana. Kelulusan pun takat SPM saja. Lalu bersatukah cinta mereka?

Novel ni memang menghiburkan disamping memberi kesedaran betapa pentingnya memahami dan mempelajari bacaan ayat Al Quran dengan betul. Ia bukanlah novel berat tapi secara selamba penulis menyelitkan mesejnya sampai aku mulai berfikir ...bukan senang nak solat tanpa membaca al Fatihah dengan betul. Silap haribulan solat tu tak sah!

No comments: