15 April 2014

Pemandu Van Jenazah


Tajuk: Pemandu Van Jenazah
Penerbit: Utusan Karya
Tebal: 270 m/s

Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritakan kembali oleh penulis. Kebanyakkan cerita berkisar detik-detik penghantaran jenazah ke destinasi yang diingini oleh waris. Biasanya jenazah dihantar balik ke kampung halaman untuk dikebumikan.

Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini antaranya; Jenazah menyanyi, Mayat bangun keranda terbuka, Qarin atau syaitan, Siapa pemuda ini?, Sesat dimana?, Dia sudah balik, Kenapa risau sangat, Darah atas troli dan lain-lain.

Sekali imbas tajuk-tajuk ini bunyi seperti mengarut tetapi bukakan minda anda sewaktu membacanya sebab di dunia ini tiada apa yang mustahil.

Syaitan dan iblis akan cuba sedaya upaya menyesatkan dan menakutkan kita sampai ke hari kiamat. Lagipun bila membaca satu-satu tajuk dalam buku ini ia mengundang keinsafan tentang makna kematian dan ada juga kisah yang menyentuh hati.

' Bahawa, suatu hari nanti kita juga akan dimandi, dikapan dan diusung oleh orang yang kita sayangi. Kita akan diiring ke pusara dan lalu ditinggalkan bersendirian menanti kedatangan Munkar dan Nakir. Kematian, bagi yang mahu berfikir, tidak akan meninggalkan kita tanpa sesuatu yang sia-sia.' 

Salah satu cerita yang menyentuh hati ialah tentang satu jenazah yang baru lepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Pada fikiran orang biasa sudah pasti keadaan jenazah itu mengerikan dengan lidah terjelir dan sebagainya. Namun demikian berlainan dengan jenazah ini, dia begitu cantik, bersih dan berseri. Sejahat mana pun manusia ini kita tidak ada hak untuk menentukan sama ada dia layak masuk syurga atau neraka kerana dihujung hidupnya kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kemungkinan sewaktu hidupnya dia sempat bertaubat dan tuhan menerima taubat tersebut. Wallahualam.

04 April 2014

KACAU


Tajuk: KACAU
Penulis: Ariff Adly
Penerbit: Fixi
Tebal: 327 m/s

Nampak tak cover buku ni? Suspenkan? Memang teruja baca naskhah Ariff Adly ni. Kalau buat filem, mesti seram...

Kisah sekumpulan rakan rapat yang perangainya gila-gila tapi suka buat ghost hunt. Kalau di layar perak jadi clichelah sebab banyak skrip macam ni telah dibuat filem. Tetapi feel filem dan novel adalah tidak sama.

Jimie, Syida, Fiq, Amat, Al dan Ajim merupakan rakan rapat yang sering melepak bersama-sama. Mereka mempunyai kegemaran melawat tempat-tempat yang dikatakan berhantu semata-mata untuk keseronokkan.

Namun perkara-perkara pelik mula terjadi kepada mereka setelah mereka bermain spirit of the coin dalam satu bangunan tinggal. Satu-satu peristiwa ngeri mula menghantui... mangsa pertama Syira sepupu kepada Syida. Dia mati dalam keadaan menakutkan dan yang lain mula mendapat bayangan kematian.

Cara penulisan Ariff Adly amat sesuai dengan feel cerita. Santai tapi kita dapat berimaginasi dengan jalan cerita yang dibawa. Buku ini merupakan salah satu peminat Fixi mesti baca.

'Tiba-tiba, ada pergerakkan kecil daripada celahan rambut tadi. Aku dan Amat berundur beberapa tapak ke belakang. Setelah diperati beberapa lama, jelas kelihatan jari manusia di celah-celah rambut tadi. Lama kelamaan, tersembul satu kepala daripada celahan rambut.

         "Fuck! AJIM!" jerit Amat, terkejut.

Ya, itu adalah Ajim. Aku masih terkaku di hadapan pintu, mata aku cuba mencari punca di mana rambut itu datang, dan apa yang aku lihat ialah...mulut Ajim!'

Apa sebenarnya yang dialami oleh mereka? 'Benda' apakah yang beria-ria menuntut nyawa daripada ke semua mereka?

18 August 2013

Tombiruo


Tajuk: Tombiruo
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 517 m/s

'Penunggu Rimba'


Dia digelar penunggu rimba atau tombiruo. Dirinya semacam mitos yang menakutkan. Hakikatnya Ejim hanya manusia biasa yang dibesarkan di rimba oleh Pondolou. Rupanya yang bukan rupa manusia itu disembunyikan Pondolou dibalik topeng.

Namun serangkaian peristiwa pembunuhan membawa Ejim bertemu dengan kembarnya Amiruddin dan seorang wartawan dari semenanjung, Wan Suraya.

Amiruddin yang masih berduka dengan kematian isteri dan bapa mertuanya mencurigai kemalangan yang menimpa mereka. Dia mendapati kemalangan tersebut telah dirancang.

"Manusia mampu berselindung tetapi tidak pada alam."

Baizura yang selama ini menetap di Terengganu pula terpaksa pulang ke Sabah untuk membantu perniagaan bapanya bersama Amiruddin. Mereka mula berdepan dengan musuh dalam selimut yang membayangi keluarga mereka.

Satu demi satu kejadian berlaku sampailah kepada penculikan Baizura dan Wan Suraya. Si pembunuh mulai serba tak kena bila Wan Suraya dapat menghidu dalang sebalik pembunuhan. Kemarahannya memuncak. Mampukah dia menghancurkan gadis itu ditengah-tengah hutan yang ditunggui sang Tombiruo?

 Namun dalam huru hara pengkhianatan dan pertumpahan darah itu, Ejim bertemu makna TUHAN. 


21 July 2013

BISIK.

Tajuk: BISIK
Penulis: Syaihan Syafiq
Penerbit: Fixi
Tebal: 295 m/s


Kisah pelik. Aneh. Tentang jiwa yang kacau. Dari permulaan cerita, sampai habis cerita, novel ini betul-betul membuatkan aku teruja. Bahasanya simple tapi tepat dengan suasana dan feel cerita. Barulah rasa misteri. Namun sebab aku dah biasa baca buku genre begini aku dah dapat agak kaitan watak-watak tersebut. Tapi jangan bimbang walaupun anda dapat mengagak, namun tetap terasa ingin habiskan novel ini dalam satu malam. Hehe.

Mikael penulis yang tak punya lesen memandu dan tercari-cari rumah sewa yang murah, berkenalan dengan Nazzman tuan punya rumah flat yang misteri. Mulanya cuak jugalah Mikael sebab si Nazzman ni lain macam sikit namun lama-lama dia tak kisah.

Sejak pindah dari rumah lama (kerana housmate mati jatuh balkoni) Mikael mengalami kejadian hilang ingatan yang pelik. Dia juga terdengar bisikkan yang sebijik macam ada orang bercakap dengannya di sebelah. Dalam kehidupannya yang biasa-biasa itu, Mikael punyai teman rapat; Shah si pengkid dan aweknya Julia. Dia juga telah terjatuh cinta pada Suraya bekas kekasih temannya yang baru mati.

Tapi satu hari Suraya mati tergolek di sebelahnya. Mikael panik. Ketika inilah Nazzman muncul tolong lupuskan mayat Suraya. Di kerat-keratnya Suraya lalu bungkus masuk plastik. Kemudian timbul pula cerita si Ayu makcik kaya yang mengidam tubuh muda Mikael. Untuk sekali layan, beribu habuan Mikael terima. Tapi Ayu mati. Secara tragis juga.

Jadi siapa sebenarnya Nazzman yang kerap benar muncul dalam suasana Mikael buntu dan kalut?

09 July 2013

Mr. Sirap Bandung

Tajuk: Mr. Sirap Bandung
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer
Tebal: 660 m/s

" You biskut lemak yang masuk kategori rangup berkrim. Yang lain tu semua spesies lemau!"

Si Teja gadis yang cukup didikkan agama tapi seorang yang gila-gila, berkerja sebagai kerani stor di Kiara Arena Holdings. Nasibnya berubah bila suatu hari terserempak dengan CEO baru dalam lift. Masalahnya Teja tak tahu itu CEO. Difikirkannya mat despatch baru. Maklumlah ketika tu si CEO tu tak pakai formal sebab dia datang kerja pun dengan motorsikal. Pulak rambut panjang ikat kebelakang. Huh hensemlah.

Si CEO Thaqif Jazman pula beria-ria mengiakan dirinya despatch baru. Siap bagi nama 'Man' lagi tu. Maka bermulalah persahabatan si Man dan si Teja. Man suka perangai Teja yang jujur dan gila-gila. Apatah lagi dia mula belajar agama dengan ayah si Teja yang lumpuh. Man mula bahagia dengan kehidupan barunya. Justeru itu dia mahu Teja tahu siapa sebenarnya dia sebab takut Teja menuduhnya yang bukan-bukan. Dia memang sungguh-sungguh jatuh cinta dengan gadis tersebut.

Tapi marahkah Teja dengan Man?

..dan walaupun si Man ni sukakan Teja, tapi mampukah Teja mengambil hati keluarga Man yang berada dan kaya berbanding dengan dirinya yang serba sederhana. Kelulusan pun takat SPM saja. Lalu bersatukah cinta mereka?

Novel ni memang menghiburkan disamping memberi kesedaran betapa pentingnya memahami dan mempelajari bacaan ayat Al Quran dengan betul. Ia bukanlah novel berat tapi secara selamba penulis menyelitkan mesejnya sampai aku mulai berfikir ...bukan senang nak solat tanpa membaca al Fatihah dengan betul. Silap haribulan solat tu tak sah!